Noorazman berkata mengenai cinta dalam ceramahnya…
~Cinta ada byk maksud, tp ia mempunyai ciri,tuntutan,pengaruh &sebagainya..
Cth:al-araq(x bleh tidur) , al-huzn(sedih)
~Cinta yang paling agung dan tinggi ialah cinta kerana Allah dan untuk Allah.
Abu Al Abbas Al-’Irif
Bagaimana Cinta Yang Bermanfaat?
1. Cinta Allah (Mahabbatullah)
2. Cinta kerana Allah
3. Mencintai apa yang membantu untuk melaksanakan ketaatan dan menjauhi laranganNya.
Apa Pula Cinta Yang Bahaya?
1. Cinta sesuatu bersama Allah(syirik) [cth:cinta manusia sama dengan Allah]
2. Cinta sesuatu yang dibenci Allah(Ma’siat)
3. Cinta sesuatu yang memutuskan cinta Allah atau menguranginya.
Ada satu kisah di mana selepas malaikat Israfil meniup sangkakala,Rasulullah s.a.w. yang dibangkitkan dahulu.Baginda bertanya,”Kenapa aku berada di sini?”, lalu malaikat menjawab, “Ini adalah hari kiamat”.Kemudian baginda menangis, malaikat-malaikat pun turut ikut menangis.Rasulullah berkata “Tahukah kamu, hari ini adalah hari yang paling dimurkai Allah”. Baginda risau akan umat-umatnya kerana itulah hari yang di mana segala amalan baik dan buruk akan dihisab.Lihatlah,betapa kasih dan sayangnya Nabi Muhammad s.a.w. kepada umatnya.
Kenapa Terjadinya Cinta?
~ Cinta lahir dari proses ta’aruf(berkenalan)
~ Yang melibatkan nafsu semata-mata..Maka, tundukkanlah pandangan kamu dan jagalah aurah kamu.
~ Pengaruh arus mengejar cinta, berpasangan sebelum berkahwin.
~ Konsep pemikiran yang lemah dan leka.
~ Cinta jahiliyyah, cinta terputus.
Serangan Cinta Jahiliyyah?
1. Tasawwur pemikiran yang lemah.
2. Jiwa kering daripada iman.
3. Akhlak rosak.
4. ‘Amal & sikap’ yang lemah.
5. Jauh daripada hidayah dan barakah Allah.
“Hakikat Cinta 3 Segi”
1. Allah
2. Diri
3. Kehidupan/Deen(agama)- Islam
Jadi, salahkah bercinta?
~ Dibolehkan, jika dah niat nak berkahwin, baru mula fikir. [Keperluan]
~ Lihat dari sudut kemampuan kewangan dan sbg. [Kemampuan]
~ Kalau dah berhajat lelaki atau perempuan,mesti ada orang tengah (tok kadi, wali, sbg)
orang yang ada ilmu,wara’,dan dah berkahwin.
~InsyaAllah mendapat barakah rumahtangga sebelum berkahwin lagi.
Jadi, apa kesimpulannya?
~ Kenal diri & kenal Allah.
~ Cari hidayah Allah. [Imaniyah dan Fikriyah]
- dekati majlis ilmu, Prog Pembinaan Diri -Tarbiyah)
~ Tinggalkan cinta palsu.
~ Sibukkan diri dengan perkara manfaat.
~ Mencari rakan-rakan yang soleh/solehah.
~ Bersama-sama dengan NGO, yang bermanfaat.
Akhir kata,segala milik kita adalah milik Allah. Jadi sebelum beri hati kita pada orang lain, berilah pada Allah dulu.Dan kalau seseorang itu sayang pada kita, dia tidak akan bawa kita ke jalan yang mungkar.wallahualam..
I Brake for Gringos ()
9 years ago
0 comments:
Post a Comment